Tuesday 16 October 2012

codelink: b:Acai Collagen

codelink: b:Acai Collagen:   b:acai collagen 1 Kotak ~ 10 sachet x 10gm ~  Bahan-bahan Utama :-  Marine Collagen, Acai Berry Extract, Cordycep Sinesis ,...

Bahan-bahan Utama :-  Marine Collagen, Acai Berry Extract, Cordycep Sinesis, Peach Powder, Silk Peptide, Fructose
Keunikan ~ 7 Fungsi

1.Satu-satunya minuman kolagen campuran Cordycep Sinensis 
    di Malaysia.
2. Minuman 3-Dalam-1, pertama di Malaysia
    ( Kolagen, Acai Beri, Cordyceps Sinensis )

3.Satu-satunya Molekul Kolagen yang 500dalton , yang palinghalus berbanding lain2 yg daltonnya 3000-5000, membuatnya senang diserap.

Fungsi Utama Acai Collagen CLK :
1. Mengekalkan Kelembapan Dan Mencegah Kedutan.
2. Mencerahkan Kulit Dan Mengurangkan Pigmen.
3. Memulihkan Masalah Kulit (ParutPengecutan 
     Epitelium).
4. Mencantikkan Dan Menyuburkan Rambut.
5. Menegangkan Payudara.
6. Melangsingkan Badan.
7. Menguatkan Sendi-sendi Tulang. 
Kolagen ialah salah satu protein asli yang membentuk hampir 80% daripada tisu kulit , otot-otot dan tisu-tisu penghubung kita.


Apabila semakin meningkat usia, kuantiti Kolagen berkurangan dalam badan kita.
Selepas umur 25 tahun, kolagen mengurangkan pada kadar 1.5% setiap tahun, oleh itu pada umur 40 tahun, kuantiti kolagen mengurangkan ke 30% dan kulit kita bermula memperlihatkan tanda-tanda penuaan.

Oleh itu  penting untuk mengekalkan satu penimbangan kolagen dalam badan kita untuk menghalang kedut-kedut, kelembutan kulit dan mengekalkan teksturnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A.      Apa itu Kolagen?
Kamus menerangkan kolagen sebagai  protein yang didapati dalam tisu-tisu perantara mamalia dan juga manusia. Malah kolagen membentuk lebih daripada 25% protein dalam badan kita. Seringkali kolagen dirujuk sebagai gam yang memegang kita, tanpanya kita tidak dapat berfungsi.

B.  Kenapa perlu kolagen tambahan?
Badan bayi yang baru lahir adalah kaya dengan kolagen, tetapi apabila kita semakin meningkat usia dari umur 25 tahun  ke atas keupayaan badan untuk menghasilkan semula kolagen berkurangan dan kemudian pada umur 35 tahun badan kita berhenti menghasilkannya sama sekali dan proses penuaan akan berlaku.

C.    Apakah sumber kolagen dalam b:Acai  Collagen ini?
Kandungan yang terdapat dalam Acai collagen adalah dari sumber laut . Bahagian yang selalu dan boleh digunakan ialah sisik, kulit dan juga bahagian sirip ikan.

D.   Apakah kelebihan b:Acai Collagen?
Penyerapan Cepat -
Kolagen biasa mempunyai saiz molekular antara 10,000 – 30,000 Dalton. Banyak produk dipasaran mempunyai   saiz molekul  antara 1000 ke 5000 Dalton tak kira ia Tulen atau pratambah. Kolagen yang terdapat dalam b:Acai Collagen mempunyai saiz molekul 0.5 dalton, ia itu yang PALING HALUS kini di pasaran.

E.     Berapa lama masa ia berkesan?
Bergantung kepada individu dan keadaan badan seseorang. Biasanya 90% dari pelanggan kami rasa perubahan dalam 7 hari.

F.    Apakah perbezaan  b:Acai Collagen dengan yang lain?
Kini terdapat banyak produk kolagen dipasaran. Bagaimana nak tahu mana satu sesuai untuk kita?

1.    Yang PALING penting ialah saiz molekul -Molekul saiz b:Acai Collagen adalah yang paling HALUS.  
       0.5kDA, senang dan cepat diserap.
2.       Satu-satunya campuran dengan Cordyceps Sinensis dan Acai beri-2 bahan utama untuk kesihatan.
2a.Cordycep Sinensis    -      Melindungi kesihatan hati
                                                 Pembantu rawatan hepatitis
                                                 Mengawal selia sistem pernafasan, mencegah bronkitis, selesema, asma .  
                                                 Menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
                                                 Meningkatkan imuniti.
2b. Acai Beri – Dianggap sebagai salah satu "Superfood" dengan keajaiban anti-penuaan, anti- bakteria, 
                            anti-kanser, anti-radang, menguatkan sistem kardiovaskular, kehilangan berat 
                             badan.

3.      Pengilang berstatus Bionexus oleh MOSTI.
4.      Fermentasi Teknologi Biotech.
5.      Kilang GMP .
6.      Akhirnya HARGA yang kini paling rendah dipasaran.
7.      Testimoni pengguna kami bergambar dan boleh dihubungi  berbanding testimoni produk lain  yang 
       hanya bertulis tanpa gambar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Fungsi Utama :
  1. Acai berries  
v     Anti Penuaan.
v     Meningkatkan daya tahan badan semula jadi .
v     Halang penyakit kardiovaskular.
v     Kurangkan peradangan.
v     Galakkan kesihatan sistem penghadaman dan sistem kencing..
v     Lindungi tisu-tisu penghubung.
v     Mengandungi tahap tinggi anthocyanins yang dapat menyumbangkan kepada penglihatan yang lebih baik.
v     Ada indeks glisemik rendah dan bantu meningkatkan glukosa dan tahap lipid .

         2. Kolagen
v     Meningkatkan kecerdasan dan pertumbuhan minda.
v     Memperkasa pertumbuhan rangka dan tulang.
v     Mengatasi masalah sendi.
v     Mengatasi masalah gout.
v     Memantapkan sistem imun badan.
v     Pembekal antioksida yang menentang sistem imun badan.
v     Pembekal antioksida yang menentang radikal bebas.
v     Pembekal Anthocyanin yang menentang pembentukan sel kanser.
v     Menjaga sistem perkumuhan dan pencernaan.
v     Menstabilkan kolesterol dalam tubuh.
v     Membolehkan kekal muda secara keseluruhan.
v     Menegangkan kulit secara semulajadi.
v     Mencegah penyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi.
v     Meransang pengeluaran insulin secara semulajadi.

3. Cordycep Sinensis


6 Fungsi Kesihatan Utama Cordyceps sinensis

1.Melindungi kesihatan hati dan bertindak sebagai pembantu rawatan hepatitis
2. Mengawal selia sistem pernafasan, mencegah bronkitis, selesema, asma
3. Menggalakkan kesihatan kardiovaskular
4. Antioksidan dan kesan anti-penuaan
5. Meningkatkan imuniti (meningkatkan macrophage dan aktiviti sel pembunuh semula jadi)
6. Meningkatkan kesan-kesan anti-keletihan dan tenaga.

Tuesday 9 October 2012

10 Tip Pemakanan Yang Betul

Sumber yang saya petik dari Majalah Anis bil.182, Oktober 2012 yang amat berguna untuk dikongsi bersama:


Antara amalan yang betul ketika makan dan minum seperti yang diamalkan dan disarankan oleh Rasulullah SAW adalah:


  1. Baca doa sebelum makan supaya kita beroleh keberkatan ke atas makanan dan kita juga akan terhindar daripada segala kemudaratan yang tidak diingini daripada makanan tersebut. Sekurang-kurangnya dengan menyebut nama Allah SWT; Bismillahirrahmanirrahim.
  2. Ketika hendak makan janganlah bersandar kerana ia akan mengganggu proses penghadaman. Cara Rasulullah SAW duduk adalah seperti duduk tahiyat awal tetapi lutut kanan dinaikkan. Posisi ini bukan sahaja dapat memberi keselesaan pada perut, ia juga dapat menjaga keseimbangan ruang di dalamnya. Ambil makanan yang paling hampir terlebih dahulu dengan menggunakan tangan kanan.
  3. Kunyah makanan sebanyak 40 kali sebelum ditelan supaya makanan yang dimakan benar-benar lumat sebelum dicerna dengan lancar di dalam perut.
  4. Gunakan 3 jari semasa menyuapkan makanan ke dalam mulut bagi mengelakkan daripada makan secara gelojoh yang boleh mendatangkan mudarat.
  5. Disunatkan makan secara berjemaah dan berbual-bual ringan dan bukannya berdiam diri sepanjang makan. Ini akan mengeratkan lagi silaturrahim dan ukhwah antara satu sama lain.
  6. Duduklah ketika hendak minum. Amalan minum air sambil berdiri boleh mendatangkan bahaya kerana air tidak boleh mengalir dengan baik dan bertahan dalam perut dengan tenang untuk disalurkan oleh hati ke setiap organ tubuh. Air yang terus masuk ke perut, dibimbangi akan berlaku pertentangan antara suhu panas dalam perut sekali gus mengganggu proses pembakaran kerana terlalu cepat ke bahagian bawah tubuh dan tidak mengikut tahap-tahapnya.
  7. Perlu dipastikan amalan minum tidak diselangi dengan makan secara serentak. Minum sekaligus tanpa henti boleh membahayakan kesihatan kerana Nabi Muhammad SAW minum air seteguk kemudian berhenti dan minum kembali, sekurang-kurangnya tiga kali teguk.
  8. Amalan bernafas di dalam air minuman dan makanan atau menghembus ke dalamnya bagi menyejukkannya perlu dielakkan. Ia bukan sahaja nampak jijik kerana hembusan tersebut keluar daripada mulut yang mungkin terdapat bau yang teruk, malah ia menyebabkan selera orang lain terganggu. Rasulullah SAW melarang umatnya menghembus atau meniup makanan dan minuman yang panas dan amalan ini menurut Dr. Jamnul Azhar Mulkan adalah makruh. Ini disebabkan amalan ini akan menambahkan karbon dioksida memandangkan udara hembusan yang kita hembus mempunyai 16 kali karbon dioksida lebih tinggi dari udara biasa diserap masuk dalam minuman atau makanan yang kita hembus. Apabila karbon dioksida bercampur air (H2O), ia akan menjadi asid karbonik. Apabila air tersebut diminum, kita akan mudah terkena sakit perut dan cirit birit.
  9. Amalan makan selepas tidur akan mengeraskan hati. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menyarankan supaya kita berjalan beberapa langkah selepas makan. Lebih banyak langkahnya, semakin bagus untuk kesihatan.
  10. Digalakkan mengamalkan jilat jari selepas makan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud, " Apabila seseorang daripada kalian makan, maka jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada." (Riwayat Muslim).


.............SEMOGA BERMANFAAT........................

Thursday 4 October 2012

Pengenalan Bicara....

5 Oktober 2012...
Orang wat blog, aku pun nak cuba gak. Tak tahu lak pe yang aku nak tulis. Baru nak belajar. Mana la tahu suatu hari nanti aku boleh manfaatkan ilmu alam maya ini. Macam-macam tujuan manusia wat blog. Ade yang bagi maklumat isu semasa, berkongsi ilmu yang didapati, bercerita tentang diri sendiri, bergosip, berniaga....macam-macam lagi la. Aku pula tak ada tujuan. Sekadar mencuba. Maklum la penulisan ni aku tak pandai sangat. Menulis pun malas. Hmmmm......tak ade idea....Walau apa pun aku akan cuba jugak la. Sekurang-kurangnya aku cuba belajar. Mungkin akan ada juga bahan yang bermanfaat yang dapat aku kongsi. Maafkan diri ini yang masih banyak kelemahan diri.....